Wednesday, March 5, 2008

Karya Agung VS Karya Kanak-Kanak

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera ...

Bermula pada hari ini saya akan menggunakan kata ganti diri ini sebagai menggantikan aku. Kunjungan saya ke rumah seorang blogger menyedarkan saya pada banyak perkara dan daripada situ saya mendapat tahu penggunaan ganti diri ‘aku’ agak tidak digalakkan dan inilah kata ganti diri yang akan saya gunakan. Mudah-mudahan saya tidak tersasar untuk mengekalkan kata ganti diri ini. Kenapa? Tidak selesa ke? Hehehe ... selesakan diri anda ye.

Hmm dah lama kan saya tidak mencatat catatan hati di sini, sebenarnya bukan tak nak mencatatkan sebarang catatan tetapi kesibukkan menghambat masa menjadi masalah utama saya untuk hadir ke sini setiap hari. Namun Ruang Rindu sentiasa terbuka untuk mereka yang merindui saya. Eh .. eh ... perasan pulak kan? Apa salahnya, dah lama tak memerasankan diri tapi bukan mencari publisiti murahan tau. Sebenarnya ada cerita tentang publisiti murahan ni namun biarkanlah dulu. Nanti-nanti aje saya menceritakan. Takut orang cakap minah garang pulak. Keh keh keh ...

Kali ini N3 saya berkenaan Karya Agung Vs Karya Kanak-Kanak. Apa? Bukan karya orang lainlah tapi karya saya sendiri. Ada yang tanya,

“Tahun 2008 belum nampak lagi sebarang novel awak di pasaran. Tak ada ke buah tangan terbaru?”

“Bila novel awak nak keluar. Dah rindu nak baca.”

“Nanti bila novel awak dah keluar, cakap tau. Tak sabar nak beli.”

Terfikir seketika saya dengan pertanyaan-pertanyaan seperti ini. Begitu rindukah mereka hendak membaca hasil karya terbaru daripada penulis yang agak suam-suam kuku ini? Sedangkan ramai juga yang agak tidak puas hati dengan apa yang saya hasilkan selama ini. Macam-macam komen yang saya dengar. Ada yang melemahkan dan tidak kurang juga yang membina. Ada yang menyukai dan tidak kurang juga yang mengutuk. Mungkin inilah asam garam kehidupan seorang penulis yang harus menerima kritikan daripada pelbagai pihak. Saya terima semua kritikan dan menghargai semua bintang-bintang yang diberikan. Apa saja bintang itu adalah hak masing-masing. Tapi haruslah ada pro dan kontra dalam setiap kritikan yang anda berikan. Jadilah pengkritik yang profesional walaupun anda tidak mengambil bidang ini, Jangan jadi pengkritik yang berat sebelah. Kalau ada part-part yang saya hasilkan itu salah, betulkannya dengan memberitahu saya via email, via yahoo messenger, via blog, via surat mahupun via sms kenapa part itu salah dan apa yang harus diperbetulkan agar saya tidak mengulangi kesilapan saya di masa akan datang. Kadang-kadang mata saya mampu juga terlepas pandang. Jangan hentam saya dengan pelbagai kritikan sedangkan anda tidak mahu memperbetulkan kesilapan saya. Adilkah begitu? Mahukah anda para pengkritik dan pengreview menjadi guru saya yang sentiasa membetulkan apa yang salah? Itu lebih baikkan? Tegur menegur dan betul membetul bukankah amalan yang terpuji dalam kitab Islam? Jadi, tegurlah saya dengan membetul apa yang silap agar karya saya lebih kukuh di masa hadapan walaupun ia sebuah karya yang santai. Boleh kan? Tegur secara baik bukan menghentam secara melulu.

Kata Puan Qanaah, Guru Kesayangan saya, Alhamdulillah, lagi banyak ktritikan bererti karya kita diberi pengiktirafan masyarakat. Dugaan dan cabaran itu memang adat dan lumrah yang mesti dilalui oleh semua orang dalam mengharungi kehidupan. Itu menjadikan kita lebih kuat semangat. – Ya saya akui kebenaran daripada kata-katanya dan berbekalkan semangat itulah kini saya lebih tabah mengharungi perjalanan sebagai seorang penulis. Terima kasih banyak-banyak cikgu atas nasihat yang amat berguna ini. Itu juga bermakna kehadiran saya dalam bidang ini telah diiktiraf oleh anda semua. Terima kasih kerana mengiktirafkan saya.

Tahun 2008 – karya agung, entahlah sama ada akan keluar ataupun tidak kerana banyak sangat dugaan yang harus saya tempuhi dalam menyiapkan mana-mana karya agung. Yang nyata karya-karya ini telah dihantar ke badan-badan penerbitan. Bila hendak diterbitkan, kuasanya bukan di tangan saya. Hanya mereka yang tahu bila akan diterbitkan tetapi yang nyata dan pasti Novel kanak-kanak Insya-Allah akan berada di pesta buku nanti jika tiada aral yang melintang. Itu kata penerbit saya. Insya-Allah sebaik-baik janji yang boleh saya hulurkan. Takut apa yang direncana tidak dapat dikotakan.

Novel kanak-kanak tidak seperti karya agung yang memerlukan gaya bahasa yang puitis dan jalan cerita yang penuh liku tetapi untuk bacaan kanak-kanak ia lebih ringan dan mempunyai pengajaran di dalam persembahan cerita yang dihasilkan. Dalam muka surat yang hanya 30-40 ms, anda tidak sepatutnya mempersoalkan kenapa plot-plot yang saya persembahkan agak terhad. Penceritaannya juga lebih mudah. Entahlah sama ada saya berjaya menarik minat kanak-kanak untuk membaca apa yang saya hasilkan ataupun tidak. Mudah-mudahan usaha murni saya ini akan diterima semua dan Allah akan mempermudahkan langkah terbaru saya dalam menerokai bidang penulisan yang sememangnya menjadi kegilaan saya.


SELAMAT MEMBACA ANAK-ANAK SEMUA YA!
ENJOY!

SALAM HORMAT!

No comments: