Saturday, March 22, 2008

Novel Kanak-Kanak - Janji Seorang Puteri

Alhamdulillah akhirnya apa yang saya angankan telah pun tercapai dengan lahirnya buah hati permata jantung saya yang pertama iaitu novel Kanak-kanak yang berjudul Janji Seorang Puteri terbitan Buku Prima. Sudah lama saya berimpian ingin mencuba genre yang baru dan lain, akhirnya tercapai apabila Buku Prima membuka ruang dan peluang. Terima kasih saya ucapkan kepada Buku Prima.
Bukan mudah ingin membuat novel kanak-kanak walaupun straight forward bahasanya. Kadang-kadang tersasar juga menggunakan lenggok bahasa yang sudah biasa. Namun, saya tidak akan berputus asa untuk memperbaiki genre ini pada masa akan datang. Saya sudah mempunyai beberapa idea untuk novel kanak-kanak yang seterusnya dan akan saya hantar ke Buku Prima selepas Pesta Buku nanti.
Ada sesiapa yang berminat, boleh dapatkan novel kanak-kanak yang pertama buah tangan daripada saya di Pesta Buku nanti. Ingin lihat promonya, kunjungilah ke blog promo saya. Manalah tahu memenuhi citarasa selera anda, boleh juga dapatkannya sebagai hadiah hari jadi untuk anak-anak sendiri dan juga anak-anak buah serta anak-anak rakan dan saudara. hehehe ...
Doakan saya agar berjaya dalam percubaan pertama ini. Salam sayang untuk anda semua.

6 comments:

Mersik said...

Salamz Ebriza ,

Hu huu tahniah daun keladi. Amboii.. kemain lagi dia. Dekat2 nk BF ni byk buku keluar. Caya la.. Moga dapat sambutan ramai dan laris cam goreng pisang panas.

Jumpa di sana.. hu huuu

EBRIZA AMINNUDIN said...

Mersik,

Maraming-maraming salamat. Gracias. Saja promo mana tau kot2 ada yg berkenan.

pu3Chempakabiru said...

bila dah laris semua bill kita huluq ja kat dia kan pokcik...hahahahahaa gracias... gracias.....

EBRIZA AMINNUDIN said...

oit ... ini penaya namanya cik tuan pu3 gunung ledang oiii ... hampes ibni pes tomyam

pu3Chempakabiru said...

heheheheeh tu bukan penaya, tapi pekena... hahhahahaha jnglah marah sayang....

EBRIZA AMINNUDIN said...

Pu3,

memang hobi ko pun suka pekena orang. dah masak sangat. setahun dah kenal pun.