Thursday, September 18, 2008

Dakapan Kasih Terbitan Roket Kertas - Kini Di Pasaran

Syukur Alhamdulillah, akhirnya penantian saya selama setahun terhadap novel sulung ini di penerbitan Roket Kertas kini di pasaran. Mungkin inilah hadiah Aidilfitri daripada Roket Kertas kepada saya. Terima kasih Abang Ahadiat Akashah kerana memberi peluang kepada saya untuk berkarya di bawah naungan syarikat abang dah juga memberi tema yang jarang saya utarakan di dalam novel saya.

Saya tidak tahu bagaimana penerimaan anda penggemar karya saya terhadap novel ini kerana ia sememangnya lain daripada yang lain. Kali ini saya mengangkat tema bagaimana seorang ibu tiri muda dicintai oleh ayah dan anak sekaligus. Irene Darvinna berkahwin dengan lelaki seusia ayahnya sendiri demi memenuhi permintaan seseorang. Dari situ, pelbagai dugaan yang dihadapi oleh gadis berjiwa kental ini.

Mudah-mudahan karya ini dapat diterima oleh semua. Teguran anda adalah ubat yang paling mujarab untuk saya memperbaiki segala kelemahan diri yang ada. Terima kasih kerana sudi berkongsi pendapat. Saya amat-amat menghargainya.

Promo novel ini boleh anda dapati di ruangan Promo Novel saya.

SINOPSIS

DAKAPAN KASIH

Dakapan kasih seorang ibu merupakan dakapan kasih yang terbaik untuk insan di dunia ini. Meskipun dia hanyalah seorang ibu tiri. Dia tidak pernah mengabaikan tanggungjawab sebagai ibu walau dia sering dihina dan kehadirannya di dalam keluarga itu disalahertikan. Bukan dia yang pinta untuk ditempatkan di dalam rumah agam itu. Demi memenuhi permintaan seorang yang sedang nazak membuatkan dia akur dan menerima takdir Allah.

Namun, pelbagai dugaan datang melanda sejak dia bergelar isteri kepada lelaki yang sebaya bapanya itu. Dia dibuang keluarga sendiri. Anak tirinya pula jatuh cinta terhadapnya. Namun, ada juga anak-anak tirinya yang mengasihinya dan menerimanya sebagai seorang ibu. Tetapi ada juga yang berusaha untuk menyingkirkannya daripada terus berada di dalam keluarga itu.

Namun, sampai bila dia harus bersabar dan menerima segala dugaan yang datang melanda ini?

6 comments:

sharmiza24 said...

wah duh bisa sakit dicerita buku ini macam ada yang ada terjadi kepada kawan saya dan apa pun semoga berjaya dlm buku ini dan dapat sambutan dari semua orang dlm blog ini dan juga jgn lupa buat resipi saya badam tart .type saja dlm internet badam tart dan akan dapat resipinyA .JGN MARAH

Cetusan said...

salam puan umah n sharmiZa
badam??bukan badang

EBRIZA AMINNUDIN said...

salam Zeqzeq,
Sori aarrr saya bukan puan ... tapi empunya rumah ... hehehe

Cetusan said...

oo Cik Abby..sory..

dS said...

Tahniah utk Dakapan Kasih!

EBRIZA AMINNUDIN said...

Terima kasih Kak DS