Wednesday, September 17, 2008

Kenangan Di Bulan Ramadhan Tahun 2007

Semalam … tiba-tiba sahaja teringin nak pergi Bazaar Ramadhan. Dah berhari-hari puasa, masih belum menjejaki kaki ke Bazaar Ramadhan lagi dan akhirnya hajat dihati termakbul apabila ajakan saya diterima oleh mama. Sebenarnya, saya nak cari kuih pelita/tako (kuih kegemaran di bulan puasa selain cucur badak. Hehehe), sebab tu nak pergi juga.

Baru menjenguk-jenguk kuih mana berkenan di hati, tiba-tiba sahaja badan saya disentuh. Terkejut saya! Nasib baik saya tak sigung dengan siku, ingatkan mamat mana ke yang sengaja nak sentuh menyentuh ni (maklumlah orang ramai berasak.) rupa-rupanya, Mazira kawan lama saya. Lepas juga rindu padanya. Namanya ada saya muatkan dalam novel Tangisan Dalam Kerinduan.

Lepas tu, saya mula mengatur langkah kembali dan tiba-tiba sahaja saya terdengar nama saya dilaung dengan kuat dan berkali-kali.

“Ebriza! Ebriza! Mailah beli nasi beriayani!”

‘Eh, sapa pulak yang panggil aku suruh beli nasi beriayani? Aku tak mau beli nasi beriayanilah.’ Gerutuku di dalam hati.

Suka-suka hati saja suruh saya beli nasi beriayani sedangkan saya memang jarang makan nasi waktu berbuka. Ratah-ratah saja. Apabila nama saya dilaung sekali lagi, saya pantas mencari siapakah empunya suara yang menyuruh saya beli nasi beriayani. Rupa-rupanya …

Ya Rabbi … Mere puranni dost. Hehehe … Tahu ke maknanya? Maknanya, kawan lama saya. Mula-mula tu saya tak kenal tapi bila ku tenung-tenung dan ku belek-belek barulah saya kenal siapa jejaka kembar itu. Mereka adalah Hamdullah dan Nasrullah. Rasa-rasa macam pernah dengar tak nama ni? Di mana ye? Fikir … jangan tak fikir. Tak kanlah korang tak ingat pada empat jejaka poyo dalam novel KAU YANG TAK MENGERTI tapi mereka ni tak poyo tau in real life. Dorang berdua ni dah kahwin.

Dah jumpa kaibigan, haa … masih tak faham? Maknanya sahabat, apa lagi rabung boraklah. Macam2 cerita yang bertukar dalam masa sesingkat itu. Nak support kawan punya pasal, saya pun terpaksalah beli sebungkus nasi beriayani ayam mereka yang last kopek sebab dah habis licin dalam periuk, tu je yang tinggal. Sajalah nak rasa … Sedap ke tidak … Kalau sedap baru boleh beli lagi. Kalau tak sedap, itu yang pertama dan terakhir. Lepas tu saja baru saya pergi cari kuih pelita/tako tapi punyalah frust menonggeng sebab kuih tu dah habis … Huhuhu …. Gara-gara nasi beriayani, kuih pelita/tako tercicir. Tak pelah …. Kawan punya pasal.

Masa berbuka, saya tuju nasi beriayani ayam tu dulu. Kunyah punya kunyah … mak datuk … sedapnya nasi bariayani ayam hujan panas mereka. Terangkat wei. Patutlah licin periuk. Memang kaw punya mamak penang nasi beriyani. Nanti boleh ler pergi beli lagi. Mereka juga ada buat katering. Kalau nak tempah silakan tapi area penang sajalah. Senang sikit kerja saya kalau ada apa-apa kenduri, boleh tuju terus pada katering mereka. Sempat pesan lagi suruh saya mai gerai depa tiap-tiap hari. Baru turun berat badan … apa depa nak suruh pulak ka … minta maaflah … cek tak sanggup. Nak turun bukan main susah lagi tapi kalau nak naik berat badan bukan main senang lagi. Cek nak raya sakan … Ham & Nas, senang-senang nanti cek mailah ye …. Hehehe .

Okeylah … Selamat Semua!

No comments: