Sunday, November 2, 2008

MAHAKARYA CINTA - ANDAI HARUS MEMILIH, YANG MANA SATU PILIHAN ANDA?


“Antara yang dicintai dan mencintai, yang mana satu kau akan pilih, Maira?” Dalam hantaran tenungan mata Zanzilawati Izzrunnie kepada Nurhumaira, yang mengerutkan dahinya sekali lagi.

Soalan apa pulak ni? Isy, Zila ni... lepas satu, satulah. Nurhumaira merungut di dalam hatinya. Diamnya membuatkan Zanzilawati Izzrunnie menyoalnya dengan soalan yang sama sekali lagi.


“Yang mana satu kau akan pilih, Maira, antara yang kau cintai dan yang mencintai kau?” Zanzilawati Izzrunnie seperti mengharap. Nurhumaira menarik nafasnya sedalam yang mungkin sebelum melepaskannya.


“Kalau terpaksa memilih antara dua, aku akan pilih yang mencintai diri aku kerana yang mencintai diri aku sudah pasti akan menghargai diri aku berbanding yang aku cintai. Yang aku cintai, mungkin kurang mencintai aku sebab aku sahaja yang tergila-gilakan dirinya sedangkan dia... Kau sendiri dapat faham maksud aku, kan? Aku tidak mahu mengambil sebarang risiko yang mampu melukakan hati aku dan mencalari jiwa aku. Aku tak sanggup dikurung dalam rumah kekecewaan dan yang paling aku tak sanggup dengar adalah penghinaan sekiranya ada pertengkaran yang berlaku. Hati aku akan tercalar teruk sekiranya dia menyatakan aku yang pilih dirinya sedangkan dia tak pernah memilih diri aku. Aku tak sanggup menanggung risiko itu.

No comments: