Monday, May 30, 2011

Jom Jumpa Saya di Mini Karnival Karangkraf Sungai Petani

Jangan Lupa Temujanji Anda bersama saya Di Mini Karnival Karagkraf, Sungai Petani yang akan berlangsung pada 10,11 & 12 June 2011 Di Dataran Jam Besar, Sungai Petani, Kedah Darula Aman. Jumpa di Sana Yaa!



Wednesday, May 11, 2011

SIRI TERAKHIR PENGEMBARAAN REZA & RAKAN-RAKAN



Rezaimen dan rakan-rakan mengembara lagi ke alam fantasi di tapak yang terakhir. Di saat mereka ingin pulang ke rumah masing-masing selepas melawati tapak terakhir, tiba-tiba Rezaimen ditarik masuk ke dalam satu ruang cahaya hitam.


“Bagaimana ni? Kawan-kawan kita dah masuk dalam ruangan hitam itu. Sekarang ini, aku takkan balik tanpa mereka berdua. Kenapa sekejap sangat ruangan hitam itu muncul? Tak sempat kita ikut Falda.” Irisha Myra menggoncang-goncang lengan Dinzly membuatkan pemuda itu tidak mampu hendak berkata apa-apa.

“Aku pun tak tahu kawasan apa yang kita lalu ini. Nampak macam keras. Aku belum bersedia untuk mengembara ke mana-mana.” Dinzly berkata. Wajahnya pucat yang teramat sangat.


“Kau ingat aku bersedia? Sekarang kita harus mencari Falda dan Reza walau apa pun terjadi. Falda! Reza!” suara nyaring Irisha Myra seakan-akan hendak membelah kawasan itu.


Apakah yang sedang menanti mereka di dalam ruangan hitam itu? Mampukah mereka menempuhi cabaran yang dihadapkan kali ini? Ikuti pertempuran mereka dengan Tauk Mean Airin dan Puteri Fildza.